Nama Perniagaan | : Homestay Teratak Indah Atok & Uan |
Alamat Perniagaan |
: PT 471, Lorong Perdana 1/3, Indah Perdana Kampung Endah, 42700 Banting, Selangor |
No Telefon |
: 019-2075750 (siti) 010-8746283/82 (Yadi) |
Waktu Operasi | : Sentiasa dibuka |
Nama Perniagaan | : Ahmad Cafe |
Alamat Perniagaan | : Bt 28 Jalan Morib, 42700 Banting, Selangor |
No Telefon | : 019-374 9936 |
Waktu Operasi | : 7.30 Pagi - 11.00 Malam |
Jika anda merupakan peminat kopi (coffee lovers), anda patut mencuba kopi di Sr Coffee Street. Berhampiran dengan Pantai Batu Laut, anda boleh menikmati secawan kopi sambil menikmati pemandangan laut.
Selain minuman kopi, Srcoffeestreet turut menyediakan minuman berperisa coklat, vanilla dan matcha dengan pelbagai topping yang pastinya menarik minat anda.
Waktu Operasi : Isnin – Ahad (10.00 AM- 8.00 PM)
Alamat : Srcoffeestreet, Gerai No. 7 Medan Selera MPKL,Pantai Batu Laut, 42800 Tanjong Sepat, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/Srcoffeestreet-106118428434246
No Telefon : 016-663 2647
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________
USAHAWAN - MOHD FIRDAUZ BIN CHE ROSE
Encik Mohd Firdauz Bin Che Rose merupakan seorang usahawan yang tinggal di Kampung Endah, Banting Selangor. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu menjual sambal sotong kering. Bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau, berbekalkan usaha yang gigih, Encik Mohd Firdauz mendaftar sebagai ahli PEDi pada tahun 2022 bagi menambahkan lagi ilmu keusahawanan yang dimiliki. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan yang telah dijalankan di PEDi.
Sebelum penglibatan dengan PEDi, pendapatan bersih beliau dalam sebulan hanya mencecah RM50 sebulan. Dengan berkat usaha yang tidak putus, beliau telah mengikuti pelbagai aktiviti di PEDi Taman Harmoni sehingga berjaya mencapai pendapatan bersih dalam sebulan sehingga RM500. Encik Firdauz telah menggunakan PEDi sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan menggunakan kemudahan komputer serta internet yang ada di PEDi. Salah satu cara yang digunakan bagi mengembangkan lagi perniagaan makanan beliau, Encik Firdauz mempromosikan produk ke group Whatsapp di sekitar kampung berdekatan dan menjalankan promosi melalui media sosial antaranya adalah facebook.
Bengkel Latihan ICT/Keusahawanan yang dihadiri
Produk/ Hasil transformasi
Promosi di Media Sosial
Promosi melalui facebook
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk makanan yang diusahakan oleh Encik Firdauz, boleh ke laman facebook beliau iaitu:
https://www.facebook.com/dapoqabiang